Subsidi diesel bersasar: Kalau Pas kata okay, walaun kenalah wala’

OLEH AHMAD MURSI

Setiausaha Agung Pas umum di Facebook pada 9 Jun 2024 bahawa: “Pas sokong matlamat baik kerajaan untuk langkah ini”.

Walaun bolehlah rileks dan wala’ keputusan Pas Pusat.

Pas tekankan pelaksanaan tak bebankan rakyat, seperti diulang-ulang oleh PMX.

Awal-awal memang ada benda yang perlu diperbaiki, tapi kalau tak mula, macam mana nak tahu?

Dari 2010, semua kerajaan (BN-PH-PN) cakap nak buat penyasaran subsidi ini, tapi tak buat.

Apa nak buat dengan penjimatan RM4 bilion setahun lepas hapus subsidi pukal diesel?

Duit itu boleh guna untuk pastikan harga barang dan kos makanan kekal murah.

Caranya? 

1) Subsidi kurangkan kos pengangkutan (logistik)

2) Subsidi petani dan nelayan untuk rendahkan kos pengeluaran makanan.

3) Subsidi tunai terus ke akaun individu yang layak 

4) Stabilkan harga barang dengan pastikan bekalan cukup

5) Bantuan tunai kepada yang perlu untuk beli barang harian.

Kalau tangguh lagi, negara rugi RM4.5 juta sehari atau RM135 juta sebulan. Boleh bina sebuah sekolah setiap bulan atau 4 buah hospital setahun.

Siapa yang paling bengang? penyeludup yang dah kaya raya, golongan ultra-rich yang nak tambah kaya dan warga asing.

BACA JUGA Lelaki jerit dekat menteri kenapa minyak tak turun, relaks je Rafizi balas balik

Â