Penyasaran subsidi diesel: Pas sokong, walaun kena tenang
Oleh AHMAD MURSI
Setiausaha Agung Pas umum di Facebook pada 9 Jun lalu bahawa: “Pas sokong matlamat baik kerajaan untuk langkah ini”.
Walaun boleh lah rileks dan wala’ keputusan Pas Pusat.
Pas tekankan pelaksanaan tidak membebankan rakyat, seperti diulang-ulang oleh PMX.
Awal-awal memang ada perkara yang perlu diperbaiki, tetapi kalau tak mula, macam mana nak tahu?
Dari 2010, semua kerajaan (BN-PH-PN) cakap nak buat penyasaran subsidi ini, tapi tak buat.
Apa nak buat dengan penjimatan RM4 bilion setahun lepas hapus subsidi pukal diesel?
Duit itu boleh guna untuk pastikan harga barang dan kos makanan kekal murah.
Caranya?
1) Subsidi kurangkan kos pengangkutan (logistik)
2) Subsidi petani dan nelayan untuk rendahkan kos pengeluaran makanan
3) Subsidi tunai terus ke akaun individu yang layak
4) Stabilkan harga barang dengan pastikan bekalan cukup
5) Bantuan tunai kepada yang perlu untuk beli barang harian.
Kalau tangguh lagi, negara rugi RM4.5 juta sehari atau RM135 juta sebulan. Boleh bina sebuah sekolah SETIAP BULAN atau 4 buah hospital setahun.
Siapa yang paling bengang sebenarnya?
Penyeludup yang dah kaya raya, golongan ultra-rich yang nak tambah kaya dan warga asing.
BACA JUGA Lepas kerajaan bagi Akaun 3, muncul pula demonstrasi tuntut pengeluaran Akaun 1
Â