PM Anwar ziarah MB Pahang di IJN

Datuk Seri Anwar Ibrahim, menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut Perdana Menteri, keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari semalam.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Untuk rekod, Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada 7 Jun lalu.

Menerusi perkongsian sama, Anwar berkata, beliau turut menziarahi bapa saudara kepada Sultan Pahang Tengku Datuk Muhammad Sultan Abu Bakar serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof yang turut menerima rawatan di IJN.

“Mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” tambahnya lagi.

BACA JUGA Rakyat bakal dapat manfaat, anggaran RM8 bilion hasil subsidi diesel bersasar