Rafizi, Zambry Pengerusi Jentera Pilihan Raya Kerajaan Perpaduan 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Senator Datuk Seri Dr Zambry Kadir secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan.

Perkara tersebut diputuskan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia BN-PH yang melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional hari ini.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan itu bagi menyelaras dan menyeragamkan gerak kerja jentera Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap.

Manakala Pengerusi Operasi bersama mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang akan diketuai oleh Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Selain itu ketetapan lain dibuat adalah mesyuarat bersetuju calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaan akan diumumkan secara rasmi pada 12 Jun, pukul 9 malam.

BACA JUGA Fadhlina menang 16,000 undi lah bodoh – Rafizi pula sekolahkan Sanusi