Dah habis direhatkan, Ustaz Don kembali kendali Salam Baitullah

Sudah habis direhatkan, penceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menyambung semula tugasnya sebagai pengacara program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan Ustaz Don yang sebelum ini direhatkan susulan pertikaian terhadap perkongsian mengenai kisah Nabi Muhammad SAW, kembali mengemudi Salam Baitullah yang disiarkan jam 9 malam tadi.

Suhaimi berkata, Ustaz Don kembali mengambil tugas pengacara bersama Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin yang juga anggota kumpulan nasyid, UNIC.

“Iya betul.. Ustaz Don kembali malam ini,” katanya, dipetik BH.

Suhaimi menjelaskan, keputusan itu diambil selepas pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ustaz Don bagi membincangkan mengenai kontroversi tercetus.

Sebelum ini, Suhaimi mengesahkan Ustaz Don direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung di TV1 sejak 2 Jun lalu.

Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan beliau ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.

BACA JUGA Israel terkejut ‘diburu’ api, lebih 90 roket dari Lubnan mengejar

Â