Gempar polis tangkap datuk, nenek Zayn Rayyan
Polis petang ini menahan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan pasangan terbabit ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.
“Ya, datuk dan nenek, ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bistari.
“Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok,” katanya,dipetik BH.
Dilaporkan, kedua-duanya ditahan anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor.
Sebelum ini, pasangan terbabit hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, ketika ibu kepada Zayn Rayyan dibawa menghadiri prosiding merekod keterangan di hadapan majistret.
BACA JUGA MP DAP ketuai TalentCorp, pemimpin PKR jadi timbalan
Â