Harga minyak bagi tempoh 13 hingga 19 Jun dikekalkan

Kementerian Kewangan (MOF) hari ini memaklumkan bahawa harga bagi semua jenis petrol tidak berubah sehingga 19 Jun ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, harga RON97 kekal RM3.47, sementara RON95 adalah RM2.05.

”Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.35 seliter.

”Manakala, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.

”Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MOF.

BACA JUGA Selepas KPKM umum berita baik untuk pesawah, KADA pula keluar kenyataan