Nasib ibu bapa Zayn Rayyan bakal diketahui esok

Oleh LIYANA MARZUKI

Saya beritahu apa yang saya faham.

Hari ini, polis bawa ibu kepada Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret untuk rekodkan pengakuan bersalah bawah Seksyen 26 (1) Akta Keterangan.

Ingat lagi dulu, masa saya jadi Timbalan Pendakwa Raya. Polis banyak guna kaedah dapat konfesi atau penyataan bersalah untuk short cut kes. Tak perlu siasat banyak, beri tekanan OKT mengaku saja.

Banyak kes didapati OKT diseksa untuk mengaku bersalah walau dia tidak salah sebenarnya.

Makanya, sebab banyak sangat kes salah guna kuasa berlaku, Jabatan Peguam Negara menolak pengakuan bersalah itu sebagai bukti kukuh.

Cuma, pengakuan bersalah itu kalau dibuat depan Majistret (bukan depan polis) itu cerita lain. Itu dah ada pemberat. Boleh digunakan untuk pembuktian.

Itu yang terjadi pagi ini apabila ibu Rayyan dibawa ke mahkamah. Ini pada saya, apa yang polis nak lakukan. Nak bagi si ibu mengaku salah depan Majistret.

Namun, sebab polis bawa ibu Rayyan tanpa peguam, dan peguam pun baru tahu pagi ini, ada prosiding pengakuan tersebut, peguam membantah.

Makanya, ada proses lanjut akan dibuat untuk pastikan pengakuan bersalah itu dibuat dengan rela bukan yang dipaksa.

Itu kita akan tahu episod selepas ini pula.

Pada kita, apa pun terjadi, doa kita agar adik Zayn Rayyan terbela.

BACA JUGA Israel terkejut ‘diburu’ api, lebih 90 roket dari Lubnan mengejar

Â