Akhirnya ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai anak
Selepas 13 hari menjalani tempoh tahanan reman, akhirnya ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin Mohd. Zaim didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Pasangan suami isteri tu didakwa atas tuduhan mengabai dengan kemungkinan menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak autisme itu pada Disember tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun bagaimanapu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Akta itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.
Sementara itu, peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.
Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ditahan reman pada 31 Mei lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. Reman pasangan itu tamat hari ini.
BACA JUGA Ibu bapa Zayn Rayyan hadapi pertuduhan di mahkamah hari ini
Â