PM Anwar akan umum berita baik esok, Fahmi bagi satu ‘hint’
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu berita gembira esok untuk rakyat Malaysia.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagaimanapun tidak mendedahkan secara khusus butiran yang akan diumumkan.
Beliau cuma mengatakan ia berkait dengan pengumuman barang makanan.
“Ada berita baik daripada Perdana Menteri. Tidak lebih daripada itu. Kita tunggu Perdana Menteri.
“Ia menunjukkan apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, kita berupaya untuk membuat pengumuman seperti yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri esok,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Mydin Mart Pantai Dalam hari ini.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan juga mula melihat perubahan terhadap pola penjualan diesel sejak penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan 10 Jun lalu.
Katanya, ia sekali gus memberi keyakinan kepada kerajaan dalam pelaksanaan langkah itu terutamanya dalam mengekang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan diesel.
“Yang cuba kita perbetulkan adalah kelemahan dalam sistem yang sudah terlalu lama diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak patut mengambil kesempatan.
“Insya-Allah yang akan dilakukan bukan untuk hanya kita fokus hari ini, tetapi masa hadapan lebih baik,” katanya.
BACA JUGA Pas pun kena tanggung, janji minyak turun dibuat Pakatan Rakyat