Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan doa agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.
“Saya juga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.
“Bersama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan berterusan bagi negara yang tercinta ini,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Aidiladha tahun ini adalah kali pertama disambut Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas dilantik pada 31 Januari lalu.
BACA JUGA PN turunkan sangat sedikit, Kerajaan MADANI hapus 18,739 kandungan judi dan porno