PN turunkan sangat sedikit, Kerajaan MADANI hapus 18,739 kandungan judi dan porno
Perikatan Nasional (PN) ketika menerajui kerajaan pada 2022 hanya menurunkan 501 kandungan judi dan porno, menurut pemerhati politik Farhan Zulkefly.
Angka tersebut dilihat jauh sangat sedikit berbanding kerajaan MADANI yang pada masa ini telah menurunkan 18,739 kandungan merosakkan masyarakat itu.
“Proaktif lebih 3,600% dan ES (Edisi Siasat) kata tak buat apa-apa,” katanya menerusi akaun X, @farhanzulkefly.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap dakwaan sebuah kumpulan Telegram Edisi Siasat (ES) kononnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak mengambil tindakan terhadap “puluhan ribu” laman judi atas talian, pornografi dan lain-lain.
Farhan menambah banyak ejekan pembangkang terhadap kerajaan MADANI masih boleh diakses tanpa disekat pihak berkuasa.
“Cari sahaja “Madanon” dan anda akan dapati ramai pengguna media sosial mengejek Perdana Menteri. Jadi, apa yang anda katakan tentang “penapisan”?
“Saya membandingkan epal dengan epal. Pada tahun 2022, semasa rejim PN, mereka telah menurunkan hanya 501 kandungan lucah dan penipuan.
“Pada 2023, kerajaan Madani telah menurunkan 18,739 kandungan tersebut. Hadapi fakta. Jangan melencong,” nasihatnya lagi kepada penyokong parti pembangkang.
BACA JUGA Apa saja tak dibuat penjenayah dunia ini, haiwan korban pula disekat masuk