Anwar, Azizah lebih sejam ziarah keluarga Fadhlina
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam menziarahi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi.
Perdana Menteri yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada jam 12.55 tengah hari.
Beliau kemudian menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq.
Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Untuk rekod, Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor merupakan bekas pensyarah di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau yang menguasai dua bidang ilmu iaitu Syariah dan Undang-undang merupakan antara tokoh wanita Islam yang terlibat dalam proses perkembangan undang-undang Islam di Malaysia.
Dr Siti Zalikhah Md Nor merupakan balu Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang kembali ke rahmatullah pada pukul 9.30 pagi hari ini.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Â