Dua kategori ini paling banyak mohon kewarganegaraan

Kes permohonan kewarganegaraan melibatkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan paling tinggi setakat ini.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan permohonan dua kategori tersebut.

“Apabila saya melihat data permohonan, didapati anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan adalah tinggi. Jadi, saya fikir anak-anak ini tidak boleh dilupakan atas kesalahan ibu bapa.

“Jadi, kita proses segera, kerana itu kita letakkan tahun lepas petunjuk prestasi utama (KPI) (selesai) 14,000 kes dan kita capai tepat pada Disember 2023. Sekarang angka itu sudah mencecah lebih 15,000.

“Sasaran tahun lepas sudah dicapai, paling tidak kita kekalkan momentum sama tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini.

Jelasnya, permohonan kewarganegaraan di bawah kategori naturalisasi dan warganegara tempatan yang berkahwin dengan warga asing adalah sangat sedikit.

BACA JUGA Agensi pelancongan, operator bas di Singapura dah ‘menggelupur’, itu pun pembangkang marah subsidi bersasar

Â