Zim Zim Ala Kazim sudah kutip RM1 juta
Hanya dalam tempoh tiga hari tayangan, filem lakonan Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias sudah mencatat kutipan RM1 juta.
Pengarah Asmawi Ani atau Mawi berkata, keputusannya untuk menayangkan filem ini di pawagam adalah satu tindakan yang tepat dan berbaloi.
“Alhamdulillah, pertama sekali saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini.
“Ternyata sambutan yang diterima sangat baik sehingga meraih kutipan yang tinggi di pawagam.
“Malah, komen-komen yang diberikan oleh mereka yang sudah menonton juga sangat positif dan saya rasa ia antara faktor filem ini mendapat sambutan,” dipetik Kosmo.
Dalam pada itu, Mawi berharap agar filem berkenaan akan terus mendapat sambutan hangat di pawagam.
“Selain mengarah dan berlakon, saya juga bertindak sebagai penerbit dan pastinya harapan saya agar kutipan filem ini terus meningkat.
“Apapun saya tetap berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong filem ini, kepada yang belum menonton pula cepat-cepatlah ke pawagam,” kata penyanyi itu.
Filem tersebut mengisahkan tentang pendakwah popular, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena penyakit misteri akibat disihir.
Sudah ditayangkan di pawagam sejak 13 Jun lalu, filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Bell Ngasri, Anas Tahir, Mawi, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.
Zim Zim Ala Kazim adalah filem kedua arahan dan terbitan Mawi yang ditayangkan di pawagam selepas filem Tiada Tajuk.
BACA JUGA PN turunkan sangat sedikit, Kerajaan MADANI hapus 18,739 kandungan judi dan porno