ADUN Pas kena kutuk bandingkan harga minyak zaman ‘tebuk atap’

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas teruk kena kutuk dan dianggap buat fitnah selepas membandingkan harga minyak zaman ‘tebuk atap’.

Dua kali menyebut ‘Ya Allah’ menerusi hantaran di platform X, ADUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin dihujani kecaman netizen apabila mendakwa kerajaan MADANI sebagai “penyusah rakyat”.

“Ya Allah bezanya zaman abah jadi PM dan zaman PMX.

“Itulah yang ada tidak disyukuri, tidak sangka yang dulu sebut pejuang rakyat sekarang rupanya dah jadi penyusah rakyat.

“Ya Allah bantulah kami,” katanya sekaligus menuai cemuhan netizen.

Rata-rata mengingatkan bahawa senarai harga petrol dan diesel semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilampirkan ADUN Pas itu adalah ketika negara menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harga bahan api ketika itu susut akibat penangan dahsyat wabak koronavirus (Covid-19) dengan permintaan minyak dunia teruk merudum.

Impak tersebut berlaku kerana banyak negara di dunia mengambil keputusan untuk menyekat perjalanan udara selain perintah berkurung dikuatkuasakan di negara masing-masing.

Propaganda wakil rakyat Pas itu juga mengimbas memori orang ramai bagaimana susahnya sebahagian besar rakyat ketika PN menguasai kerajaan sehingga memaksa mereka mengibar bendera putih demi mengisi perut yang lapar.

“Cubalah jadi pandai sikit. Masa itu harga minyak dunia USD22+, sekarang USD79+, lebih dari 3 kali ganda. Pakai kopiah pun tak malu buat fitnah.

“Puak (PN) ni kata bodoh, marah. Kelakar pun ada. Zaman AbahCow tu memanglah minyak murah. Semua kena kurung dalam rumah. Demand tak sama macam penggunaan harian sekarang ni. Minyak pun dikawal oleh OPEC (Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum) dan termaktub dalam undang-undang gabungan petroleum dunia.

“Zaman 33 bulan zaman detik Hitam sejarah Malaysia. Kami tak lupa bendera putih. Minyak masak paket kena sakau. Minyak botol mahal gila. Telur tak ada. Lagi malu, PM (Muhyiddin) tak berani buat sidang media secara langsung. Cukup-cukuplah PN,” demikian antara komentar warganet.

BACA JUGA ‘Bila ditanya harga barangan apa yang naik, biar resit jadi bukti’

Â