‘Bila ditanya harga barangan apa yang naik, biar resit jadi bukti’

Pembangkang dilihat tidak sudah-sudah menyalak menabur cerita harga barangan makanan naik tetapi gagal pula menunjukkan apa buktinya.

Pelaksanaan subsidi bersasar pula dijadikan modal untuk mereka menyerang kerajaan MADANI kononnya jadi penyebab kos hidup terus melambung.

Walhal, berbeza dengan pengalaman majoriti rakyat apabila mendapati harga makanan apa lagi ketika musim perayaan Aidiladha pada masa ini masih terkawal tidak parah seperti diadu domba pembangkang.

Antaranya,pengguna X, @holalolalou yang berkongsikan resit pembelian ayam serta kambing dan lembu dalam paket.

“Yes murah. Ayam tu aku beli 2 ekor yang memang gemuk punya, RM34.52.

“Kambing 2 paket dalam 6 orang dewasa makan, lembu 2 paket dalam 6 orang dewasa makan juga,” jelasnya.

Sehubungan itu, dia menempelak pihak yang ‘bising’ kononnya harga barangan mahal kerana berpendapat keadaan tersebut bergantung pada di mana tempat seseorang itu berbelanja.

“Jadi, untuk lebih kurang 20 orang makan RM150. Kau beli barang dekat Aeon Supermarket memanglah mahal hanett,” tegasnya lagi.

Perkongsian resit itu turut mengundang sokongan netizen memandangkan “keluhan” pihak yang kononnya harga barangan naik berganda hanya sekadar sembang.

“Nak sembang murah ke mahal ke, mari datang dengan bukti resit terus. Bukan melalak harga barang semua naik, bila tanya, barang apa yang naik, suruh kita pergi tengok. Masalahnya, kita pergi tengok tara tu je,” kata @mypolitiko.

BACA JUGA Menteri jawab kerajaan buat apa dengan penjimatan subsidi diesel ditarik dari T20, penyeludup

Â