Menteri jawab kerajaan buat apa dengan penjimatan subsidi diesel ditarik dari T20, penyeludup

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyenaraikan tiga manfaat hasil daripada penarikan subsidi diesel daripada golongan mahakaya dan penyeludup.

Menurutnya, bagi syarikat, masih menikmati subsidi diesel dengan harga biasa melalui Fleet Cards.

“Bagi individu, masih menikmati subsidi melalui bantuan tunai RM2,400 setahun,” katanya menerusi X malam tadi.

Sementara itu, beliau menjelaskan bagi rakyat kebanyakan, harga barang terjamin melalui inisiatif yang baru diumumkan Perdana Menteri semalam.

Terdahulu, kerajaan memaklumkan telah melakukan usaha untuk mengelakkan penyeludupan diesel melalui Ops Tiris sehingga yang terbaharu 3.0 mencakupi barang-barang bersubsidi yang lain iaitu gula putih, minyak masak, petrol RON95 dan LPG.

Penjimatan yang berjaya dilakukan hasil usaha penyasaran subsidi dengan ‘memulangkan’ ia kembali kepada rakyat terbanyak merangkumi RM7 billon untuk subsidi berkaitan diesel melalui BUDI dan fleet card.

Dalam masa sama, harga minyak masak sawit tulen kekal serta menurunkan harga telur setiap gred 3 sen sebiji, dengan kerajaan menampung RM100 juta subsidi.

BACA JUGA PM Anwar umum berita baik hari ini

Â