Calon PN Sungai Bakap, orang ke kilang? Ramai ketawa tak henti dengan pengumuman Tuan Ibrahim

Ramai mengaku ketawa tak henti selain meninggalkan komentar lucu bertanyakan sama ada calon bagi Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap adalah sebuah kilang bukan orang.

Reaksi itu muncul gara-gara sedutan pengumuman Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Sungai Bakap yang tular di media sosial.

“… yang lebih lagi beliau memiliki ISO 14001 tahun 2015.

“Ini bukan calang-calang tokoh kita,” kata Timbalan Presiden Pas yang juga bekas Menteri Alam Sekitar.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan ‘kebolehan’ lain macam yang dimiliki bekas eksekutif logistik, Abidin Ismail sebagai calon PN pada PRK yang akan berlangsung pada 6 Julai nanti.

Untuk rekod, ISO 14001 ialah piawaian antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) yang paling banyak digunakan di dunia.

“Cuba check MS (Malaysian Standard), pensijilan yang ada logo gasing pun ada kot?

“Dengan penuh keyakinan dan sedikit riak umumkan ISO 14001. Lepas ni umum ada sijil halal. Mau keriau tuan guru bala dengar pengumuman.

“Dia punya performance macam kilang. Baru tau, ISO ni dianugerahkan kepada individu.

“Puak-puak Pas ni dah takda modal. Agak-agaklah nak cerita pasal ISO. Syarikat saja ada ISO,” demikian antara deretan komentar berbaur sinis ditinggalkan orang ramai di media sosial.

@r0jiesemail

Saya ISO1400001 “yang lebih lagi beliau memiliki ISO 14001 tahun 2015.. ini bukan calang-calang tokoh kita!” Timbalan Presiden PAS YB Tuan Ibharim Tuan Man merangkap Mantan Menteri Alam sekitar #tuanibrahimtuanman #perikatannasional #prksungaibakap #sungaibakap #tolakperikatannasional #perikatannasionalpenipu #politikmalaysia #fyp

♬ original sound – rojiesemail – rojiesemail

BACA JUGA ADUN Pas kena kutuk bandingkan harga minyak zaman ‘tebuk atap’

Â