KWSP boleh gabung akaun individu sama
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhak untuk menggabungkan dua akaun milik individu sama.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Choong Yeow Choy dalam penghakiman beliau, berkata walaupun Akta dan Kaedah KWSP 1991 serta Peraturan KWSP 2001 tidak mengandungi peruntukan nyata yang memberikan kuasa kepada KWSP menggabungkan akaun berkenaan, tiada peruntukan sama yang melarang tindakan itu.
Beliau membuat keputusan itu dalam tuntutan saman yang dikemukakan oleh M Divyyaa terhadap KWSP selepas KWSP menggabungkan akaun mendiang bapanya, S Machap yang berakhir dengan nombor 236 dan 036 ke dalam satu akaun, lapor BH.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA Calon PN Sungai Bakap, orang ke kilang? Ramai ketawa tak henti dengar pengumuman Tuan Ibrahim
Â