Cukupkan bekalan telur itu janji pemain industri kepada kerajaan, kata Fuziah

”Sebelum pengumuman dibuat, kita telah melakukan libat urus dengan pemain industri dan menerima jaminan bahawa pengeluaran telur mencukupi di seluruh negara.”

Itu penjelasan diberikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berhubung status bekalan telur ayam di negara ini selepas pengumuman penurunan harga dibuat baru-baru ini.

Beliau berkata, pengeluaran telur ayam setakat ini adalah seperti biasa.

”Kerajaan telah mendapat jaminan bekalan telur ayam mencukupi daripada pihak industri sebelum mengumumkan penurunan harga 3 sen bagi gred A, B, dan C.

β€œItu janji industri kepada kerajaan,” katanya berdasarkan laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai saranan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin.

Ameer Ali berkata, kerajaan sepatutnya meningkatkan bekalan telur ayam bersubsidi di pasaran dan bukannya menurunkan harga runcit bahan makanan itu.

Menurut Fuziah lagi, pengeluaran telur ayam di dalam negara sebenarnya telah mencapai tahap sara diri (SSL) 100 peratus.

β€œ60 peratus pengeluaran ialah telur Gred A, B, C selainnya ialah telur seperti Omega,” katanya.

Pada 17 Jun lalu, kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan tiga sen sebiji, selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata, kini harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji.

Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini membabitkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada 2023, peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.

Harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan juga akan diselaraskan mengikut bahagian dan zon yang diwartakan.

BACA JUGA Penyeludup diesel di Selatan Thailand resah, dah tak dapat untung macam dulu