Hujan lebat, ribut petir diramal landa lapan negeri
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Lembah Klang sehingga jam 4 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, cuaca itu dijangka tertumpu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
”Ribut petir dan hujan lebat di Kedah diramal melibatkan kawasan Langkawi, Padang Terap, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
”Manakala cuaca sama diramal berlaku di Selangor melibatkan kawasan Petaling, Negeri Sembilan (Tampin), Melaka (Alor Gajah dan Jasin).
”Seterusnya di Johor melibatkan Segamat dan Kluang dan Limbang di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
BACA JUGA Gempar Speaker DUN Kelantan umum kerusi DUN Nenggiri kosong berkuatkuasa serta merta
Â