Hanya ‘Joohari’ mengenal Sungai Bakap

Seorang TikTokers dikenali sebagai Ena menyifatkan calon Perpaduan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin sebagai individu yang mementingkan ilmu.

”Namanya sahaja iaitu Doktor Haji Joohari kita tahu beliau orang yang sangat mementingkan ilmu.

”Daripada beliau menjadi guru, pensyarah sampai menjadi pengarah institut, anda boleh tahu orang ini sangat mementingkan pendidikan.

”Pengajian beliau yang tertinggi adalah di peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD).

”Kalau anda tak perasan lagi, kebanyakan calon pakatan ini sangat menitik beratkan soal pendidikan,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman sosialnya itu.

Menurut Ena lagi, Dr Joohari yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara menggunakan tagline “Hanya Joohari mengenal Sungai Bakap”.

Tagline itu ala-ala “Hanya Jauhari mengenal manikam.”

”Kenapa beliau guna tagline ini? Sebab beliau adalah anak jati Sungai Bakap.

”Bersama kita iringi semangat memimpin daripada semangat seorang guru,” seru beliau sambil menyatakan akan turun ke DUN berkenaan untuk membantu kempen.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian adalah pada 6 Julai depan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

@sungaibakapdihati

Hanya Jauhari Mengenal Manikam ❌️ Hanya Joohari Mengenal Sungai Bakap ✅️ Anak Jati Sungai Bakap yang mempunyai kelayakan pendidikan dan kerjaya tertinggi. Guru yang pernah mengajar beberapa sekolah disekitar Nibong Tebal dan mempunyai ramai anak murid. Dengan tema “Bersama kita iringi semangat memimpin dari semangat Seorang Guru”. #sungaibakap #sungaibakapdihati #sungaibakapkini #PerpaduanDemiSungaiBakap #perpaduansungaibakap #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #cikgujoohari #anakjatisungaibakap @JoohariAriffin

♬ bunyi asal – Haris Omar – Haris Omar

BACA JUGA Bekas calon PH Sungai Bakap komited sokong Dr Joohari