Lagi kempen Khawarij Pas di Sungai Bakap

OLEH AHMAD MURSI

Yang Dipertua Pas Padang Serai samakan kemenangan calon PN-Pas di PRK Sungai Bakap sebagai ‘kemenangan Islam’.

Calon Perpaduan pula dianggap sebagai ‘musuh Islam’ walhal kita sama-sama Islam berlumba untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Ustaz Pas ini jugalah yang ugut Datuk Seri Wan Azizah untuk ‘tanam di jirat’ jika tolak RUU355.

Anggap Pas sahaja pihak Islam, calon Pas itu calon Islam, Islam hak tuhan yang tak boleh dikalahkan. Calon Pas menang maka menanglah Islam.

Apakah jika Pas kalah di Sg Bakap maka Tuhan telah dikalahkan? Bahaya dakyah Pas ini.

Begitulah ideologi Khawarij yang dipasak oleh Pas. Individu seperti Ustaz ini lama bertahan jadi pemimpin dalam Pas dengan kempen Takfiri.

Zaman Pas berkempen cara ini telah berlalu. Rakyat dah faham bukan Pas sahaja yang membuat ‘kerja Islam’ di Malaysia ini. 

Parti lain jauh lebih berjasa kepada perkembangan Islam di Malaysia.

Kesemuanya hanya retorik ustaz-ustaz Pas untuk merebut kuasa yang akhirnya makan gaji buta bila diberi amanah. Tak reti buat kerja. ISO pun tak tau.

Ideologi Khawarij ini bahaya, wajib dihentikan. Menghapuskan pemikiran ini adalah tanggungjawab agama setiap Muslim.

Ini ucapan Ustaz Pas ini: 

“Tuhan tak boleh dikalahkan, Islam hak Tuhan, bila Allah tolong, tiada siapa boleh kalahkan kita, dan Tuhan pula Al-Hakim (Maha bijaksana). 

“Takkanlah Tuhan yang Maha Bijaksana nak biarkan Islam kalah, nak biar bagi musuh menang? tidak. Tuhan Maha bijaksana sudah tentu akan memenangkan Islam. Di Sungai Bakap, tolong lah tuan-tuan pertahan dulu yang ni.”

BACA JUGA “Kelantan macam mana?”, ADUN Pas disindir sibuk bina telaga di Uganda