Selepas dikecam ‘backup’ ustaz selebriti, Nabil mohon maaf

Selepas dikecam kerana menyebelahi seorang ustaz selebriti, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi hantaran Instagram (IG), pelawak berkenaan dirinya akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa akan datang.

“Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai ada ayat saya yang mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” katanya.

Terdahulu, Nabil dalam rancangan hiburan Meletop secara terus-terang menyebelahi Don Daniyal Don Biyajid yang telah direhatkan daripada sebuah program baru-baru ini.

“Bila mana ada orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan,” ujarnya.

Kenyataan Nabil itu mendapat kecaman orang ramai memandangkan teguran ke atas Don adalah daripada Mufti, pakar hadis dan ahli Majlis Fatwa.

BACA JUGA YB bahagia beritahu ‘pereboh’ lembu, jamah pulut ikan rebus, rakyat mengeluh hampir seminggu tiada air

Â