Rafizi tepis serangan Zaid: ‘Masuk penjara pun saya tak takut, setakat podcast…’

Rafizi Ramli tampil menjawab serangan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim kononnya Menteri Ekonomi itu mengelak berdebat menerusi ‘podcast’ dengan Lim Sian See, Isham Jalil dan Puad Zakashi.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, jadual telah disusun dengan slot pada Julai sudah pun penuh manakala Ogos pula dengan individu yang menggunakan sama samaran Lim Sian See.

Menurutnya, beliau juga ada bukti bahawa Isham Jalil sudah menolak walaupun dijemput.

Bersemuka di podcast dengan Puad Zakarshi pula, bagi Rafizi tidak perlu.

“Beliau wakil rakyat dari parti dalam Kerajaan Perpaduan, lebih baik bincang dalaman kalau tak puas hati.

“Masuk penjara pun saya tak takut masa dedahkan skandal 1MDB, apa lak nak mengelak kalau setakat podcast,” tulis Rafizi diakhiri dengan emoji ketawa.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap desakan Zaid agar Rafizi tidak mengelak untuk berdebat dengan Lim Sian See, Isham Jalil dan Puad Zakashi.

“Sekarang adalah masanya. Saya harap anda akan memilih Lim Sian See sebagai mangsa pertama anda.

“Mari lihat sejauh mana anda pintar. Tapi saya rasa awak tak serius. Anda telah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada bertemu dengan Lim Sian See,” kata Zaid lagi.

BACA JUGA Tertinggi dalam tempoh 20 bulan, nilai perdagangan Malaysia cecah RM246.31 bilion