Sanusi anggap kelulusan akademik bukan kayu pengukur, ini reaksi Fahmi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata kelayakan akademik merupakan perara penting untuk calon yang bertanding.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan kelayakan akademik sebagai ‘jambatan’ yang akan menentukan masa depan lebih baik untuk rakyat.

“Menjadi pemimpin (calon pilihan raya) bermaksud kita sering kali dibandingkan atau menjadi contoh dalam komuniti.

“Maka seharusnya jadilah contoh dan pendidik yang baik kepada masyarakat,” katanya, dipetik BH.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelulusan akademik bukanlah kayu pengukur kepada kecemerlangan pemimpin politik.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah membuat kenyataan itu pada sidang media selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pagi tadi.

Ia susulan isu calon PN, Abidin Ismail yang didakwa hanya memiliki sijil ISO 14001 Bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

Berbeza pula halnya dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang merupakan pemegang ijazah doktor falsafah.

“Saya lihat ramai netizen bertanyakan tentang kelayakan ISO (calon PN) ini.

“Malah, ada yang bertanya tempat kerja beliau, tetapi bagi saya, kita nak tahu idea-idea yang ingin diutarakan beliau untuk penduduk Sungai Bakap,” kata Fahmi lagi.

BACA JUGA Semua keputusan strategik dalam MAHB masih di tangan kerajaan – Fahmi

Â