MIC akan berkempen menangkan calon PH, tarik undi masyarakat India
MIC mengesahkan parti itu akan turun berkempen memenangkan calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.
Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata, jentera parti akan digerakkan bagi meraih undi masyarakat India di DUN itu yang merangkumi lebih 17 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.
“Pada PRK ini, walaupun kita tidak membuka bilik gerakan sendiri tetapi kita akan bekerja di bilik gerakan Barisan Nasional,” katanya malam tadi.seperti dilapor Bernama.
PRK Sungai Bakap kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru sahaja antara calon PH dan Perikatan Nasional (PN) iaitu Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
PRK akan diadakan pada 6 Julai.
BACA JUGA Usai sudah musim Haji 1445H, pemegang kunci Kaabah pun meninggal dunia
Â