Enggan ulas dakwaan tipu ‘resume’, calon PN jawab “ada kuasa Tuhan…”

Calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Abidin Ismail dihujani kritikan selepas tular klip video memaparkan beliau enggan menjawab soalan wartawan berkenaan pekerjaannya.

Dalam poster maklumat calon, tertulis tempoh perkhidmatan beliau di sebuah syarikat sebagai eksekutif logistik adalah sehingga 2022.

Bagaimanapun berdasarkan beberapa maklumat dikongsi pengguna media sosial, kilang tempat beliau bekerja didapati sudah ditutup operasi sejak 2020.

Malah terdapat hantaran dari Facebook calon sendiri pada tahun itu memaklumkan tentang penutupan kilang tersebut.

Perkara tersebut menimbulkan kebingungan, namun enggan dijelaskan oleh calon.

Beliau juga sempat menyebut tentang kuasa Allah.

“Tengok poster tu..itu hak masing-masing.. saya tak mau komen, ada kuasa Tuhan, Allah nak tentukan,” katanya dalam klip video dimuat naik sebuah media tempatan.

Video itu ternyata mendapat perhatian ramai, selain ada yang secara sinis berkata Abidin sebenarnya bekerja dari rumah (WFH) sepanjang dua tahun kerana pada 2020 banyak kilang yang tutup akibat Covid-19.

Tidak terlepas ada juga melabel calon PN itu sebagai menipu resume.

BACA JUGA Motosikal, bila diisi diesel memang matilah Tuan Ibrahim