Patutlah Sanusi marah Akmal lawat LRA Kedah, rupanya tembelang dah pecah?

Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendedahkan mengapa Menteri Besar Kedah marah kepadanya apabila beliau membuat lawatan ke dua buah projek loji rawatan air (LRA) di negeri itu awal tahun ini.

Menurut Akmal, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor marah kerana tembelangnya terbongkar selepas LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau tidak siap-siap sehingga sekarang.

Kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam itu, kerja pembinaan dua buah LRA berkenaan yang sepatutnya siap pada April, lewat sekitar 30 hingga 50 peratus daripada jadual yang ditetapkan.

“Bila saya terangkan masalah ini pada Februari lalu, semasa saya kongsi hasil lawatan, Menteri Besar Kedah dilihat marah sangat. Saya tengok dia marah sebab apa, mungkin saya ingat dia marah kontraktor.

“Rupanya dia marah sebab saya turun dan tak jemput beliau ketika membuat lawatan tapak sebelum ini, itu yang dia marah sangat.

“Tapi saya tahu dia marah disebabkan telah terdedah satu tembelang yang mana dia bercerita dialah paling besar, paling mampu menggerakkan kemajuan tapi loji di bawah seliaannya tak siap-siap,” katanya dalam ceramah perpaduan malam tadi.

Katanya, mengikut anggaran penyerahan projek terbaru, kedua-dua projek berkenaan sepatutnya siap pada April lalu dan penghujung Jun ini namun beliau yakin kedua-dua projek itu masih lagi bermasalah.

Dalam pada itu, Akmal mencabar agar panglima perang Perikatan Nasional (PN) itu turut sama dalam lawatan yang akan diadakan ke LRA tersebut sekiranya beliau berani.

BACA JUGA Nasib enam MP Bersatu dijangka jadi tumpuan Dewan Rakyat pagi ini

Â