Dari lawak ISO dan Blackrock: Jadikan anak muda ‘kaum intelektual’ lawan ‘kaum Pandir’

Oleh NORMAN RADZUAN

Apabila Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) memperkenalkan calon Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelulusan ISO 14001 tahun 2015, dia diketawakan para akademik tetapi disambut dengan takbir oleh penyokongnya.

Sekali lagi apabila TITM yg dianggap penglipur lara menceritakan kisah penunggang motosikal isi minyak diesel tidak cukup, rakan saya seorang Profesor call terus ketawa…” Sampai keluar air mata aku ketawa sorang-sorang dekat rumah.”

Saya sejak TITM berkata…

“Kalau nak beli di bazar, jangan tengok apa yang dia jual tetapi tengok siapa yang menjual. Jangan beli dari tangan-tangan yang tak takut pada Allah. Jangan beli dari tangan yang tak tutup aurat. Jangan beli dari tangan-tangan yang tak solat. 12 jam kita berlapar akhirnya kita berbuka dari makanan orang yang tidak taat pada Allah.”

…. Saya terus menolak beliau sebagai harapan untuk memandaikan ahli Pas.

Apa dalilnya dari al-Quran atau hadis dia berkata begitu? Bersyukurlah TITM kerana pengikut jenis tidak mahu berfikir.

Pernah ditanya kepada Presiden Pas, TGHA mengenai ada pimpinan Pas mengatakan malaikat akan turun dari langit bawa IC utk mengundi Pas.

Apa jawab Hadi Awang, “Dalam Pas ini ada orang cerdik, ada orang bodoh…”. Sedangkan pemimpin yang berkata malaikat akan turun itu disambut dengan jeritan takbir oleh pengikutnya.

Berbalik kepada isu ISO apabila TITM memperkenalkan calon Pas ada ISO penyokongnya mempertahankan kenyataan itu.

Hingga apabila seorang penyokong PN cuba membetulkan fakta dengan mengatakan ia soal khilaf, dia dinafikan malah dimaki oleh penyokong PN sendiri. “Jangan sembang kari…” kata penyokong PN kepada ahli PN.

Tidak cukup dengan itu dengan mudah KJ memperbodohkan penyokong PN isu Blakcrock.

Kononnya dia benci dengan syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.

Rupa-rupanya, dia menjadi duta malah menjadi BD dengan syarikat yang ada kena mengena dengan Blackrock. Kini KJ senyap apabila diserang kembali mengenai penglibatannya dengan Blackrock.

Isu Blackrock ini ramai orang Melayu tidak faham kaitan ekonomi negara. Ia dimanipulasi secukupnya oleh pembangkang dan mereka berkepentingan.

Padahal, zaman Abah beri mandat kepada Blackrock uruskan dana KWSP. KWSP telah menubuhkan tiga dana SMA bernilai AS$200 juta (RM810 juta) setiap satu yang dikendalikan oleh tiga Pengurus Dana Ekuiti Persendirian iaitu BlackRock, HarbourVest Partners LLC dan Partners Group AG.

Isunya di sini kenapa pemimpin-pemimpin suka memperbodohkan pengikut mereka. Tidak ubah seperti dilakukan penjajah yang tidak mahu orang Melayu bijak.

Apabila rakyat bijak maka pemikiran tidak boleh dijajah dan akan memberi masalah kepada penjajah.

Pemimpin pembangkang suka penyokong mereka tidak pandai sebab itu mereka tidak mahu memandaikan penyokong.

Jika pandai maksud mereka akan bermasalah… . Tiada lagi modal memperbodohkan pengundi.

Jika berkunjung ke live room mereka anda boleh melihat level pemikiran mereka.

“PMX pembela Yahudi, Anwar planta, PMX munafik, PMX bla bla bla… yang sangat lucu dan tidak berilmu. Sebab itulah Profesor tadi beritahu saya, “Jika level pemimpin mereka macam TITM macam tu, apa nak harap dengan pemikiran penyokong.”

Saya teringat ulasan oleh Prof. Syed Hussein Alattas dalam buku “Intelektual Dalam Masyarakat Membangun” bicara mengenai intelektual dan ‘bebalisme’.

Peranan golongan intelektual dalam membentuk minda kelas pertama di kalangan masyarakat.

Golongan intelektual dikenali dengan ciri-ciri seperti mengoptimum kemampuan untuk berfikir secara kritikal, melakukan kajian yang terperinci serta ilmiah, sentiasa menuju kearah kehidupan yang lebih baik.

‘Bebal’ pula maksudnya bodoh mengikut Kamus Dewan Bahasa. Ia bukan bebai dalam loghat Kedah berbeza maksud.

Golongan ini (bebal) mereka ini dikenali sebagai golongan yang tiada daya berfikir, lurus dan mudah dipengaruhi.

Orang bebal ini dalam hikayat Melayu dikaitkan juga dengan Pandirisme. Pak Pandir tokoh teragung dalam cerita jenaka Melayu.

Ahli akademik, Dr. Joohari Ariffin calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Sungai Bakap yang wajib dipilih anak muda.

Sesuai dengan namanya, Pak Pandir adalah tokoh paling bodoh dalam jenaka Melayu, totok berjiwa dan berwatak Melayu, jujur dan penuh jenaka yang bersahaja.

Namun bebalisme kadang-kadang boleh juga menjangkiti golongan intelektual, tidak kiralah profesor atau profesional.

Sebab itu ada juga golongan ini terpedaya dengan agenda perkauman dgn menyokong dakyah kononnya DAP memerintah Malaysia.

Sikap mereka ini sehingga membantutkan pencapaian kemajuan sesebuah masyarakat sehingga memberi peluang kepada kaum pandir untuk memegang autoriti.

Sebab itu jangan salah faham, universiti hanya melahirkan manusia dengan sekeping sijil tanpa membentuk penuntutnya menjadi ahli intelektual yang kritis dan kreatif.

Sebelum pulang dari Pulau Pinang dan Insyallah akan kembali berkampung di Sungai Bakap hujung minggu ini, saya berpesan kepada rakan-rakan yang sedang berkempen – Fokus kepada pengundi remaja.

Saya difahamkan terdapat 10,000 pengundi baru yang saya yakin 99% adalah pengundi muda. Tidak guna bertengkar di TikTok, maki kaum Pandir ini kerana mereka tidak akan menerima segala pandangan. Buang masa dan hanya buat dosa.

Anak muda penting diselamatkan daripada gejala pandirisme yang disebar Pas dan Bersatu.

Fokus kepada anak-anak muda kerana mereka ibarat bayi yang baru lahir. Pemikiran mereka masih ‘kosong’ atau ada ruang untuk menerima pandangan atau ilmu.

Dalam tempoh 10 hari ini, saya berharap anak-anak muda terutamanya AMK berkorban untuk PRK ini. Pastikan ahli-ahli AMK lelaki dan wanita menulis dan buat content di TikTok setiap hari.

Anak-anak muda hanya lebih tertarik untuk melihat content yang dibuat oleh anak muda. Bukan orang yang berusia seperti saya dan otai-otai Reformis. Ingat, content anda ini satu bentuk kempen moden yang menembusi hingga ke bilik tidur mereka.

Pergi bertemu dengan anak muda dalam kelompok-kelompok kecil seperti dilakukan jemaah tabligh.

Bicara dalam kelompak kecil (5 hingga 10 orang). Sampaikan perkara yang menarik untuk didengar dengan fakta yang tepat.

Sebanyak 50 peratus saluran anda muda bersama Perpaduan kemenangan majoriti mudah. Anak muda pewaris negara, jadikan mereka ‘Kaum Intelektual’ lawan ‘Kaum Pandir’.

BACA JUGA Kawasan Bersatu, Umno pula yang salah