Kawasan Bersatu, Umno pula yang salah

Tular sedutan video dimuatnaik TV Pertiwi mengenai tindakan pihak berkuasa melakukan Op Penjaja Tanpa Lesen di Putrajaya.

Namun, UMNO Putrajaya pula dipersalahkan meskipun Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin adalah dari Bersatu.

“Bersatu Wilayah Persekutuan mempersoalkan kepimpinan UMNO Putrajaya selepas penjaja di kawasan itu diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” tertera pada kapsyen di klip video itu.

Mengulas sikap menyalahkan UMNO itu, aktivis Khairi Syafiq Nan mengingatkan bahawa Ahli Parlimen Putrajaya adalah dari Bersatu iaitu parti gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN).

“Dah kenapa pulak kepimpinan UMNO yang dipersoalnya. Patut tanyalah Radzi Jidin tu kenapa gagal bantu warga Putrajaya dapatkan lesen niaga.

“Tun Faisal ni dari dulu tak pernah bijak,” tulisnya di platform X.

Rata-rata turut menyelar Radzi Jidin yang juga Naib Presiden Bersatu itu.

“Tukang rasmi majlis je.

“Tak function bang. Sekadar senyum tunjuk muka je,” demikian antara komentar warga maya.

Untuk rekod, Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan memenangi kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November 2022.

Radzi merampas kerusi ikonik yang menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan daripada penyandang selama empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan 2,310 undi.

Dia meraih 16,002 undi, manakala Tengku Adnan mendapat 13,692 undi.

Sementara itu, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Pakatan Harapan) memperoleh 5,988 undi; Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang) mendapat 878 undi dan dua calon Bebas, Lim Fice Bee (20 undi) serta Samsudin Mohamad Fauzi (63 undi).

BACA JUGA Kumpulan pertama jemaah haji selamat kembali ke tanah air, TH diiktiraf Anugerah Labbaittom

Â