Ini sebab isu MAHB dan Blackrock tak logik pun dimainkan

Oleh IZZUDDIN YUSSOF

Lama sudah tiada isu ekonomi menarik untuk diulas, dah ada isu ekonomi tengah hangat ni, nak jelaskanlah sedikit betapa tidak logiknya isu ini dimainkan:

1) Kerajaan nak jual MAHB ke orang luar ke?

MAHB baru sahaja umumkan minggu lepas yang wujudnya takeover offer daripada sebuah konsortium bersama antara Khazanah Nasional, KWSP, GIP dan Abu Dhabi Investment Authority ke atas MAHB.

MAHB sekarang ni disenaraikan di Bursa Saham. Untung je. Suku terkini untung sebanyak RM189.99 juta. Harga ditawarkan untuk beli pada harga RM11 seunit saham (harga closing hari ni RM9.96 seunit).

Pada masa ini di pasaran saham, Khazanah pegang sebanyak 33.2% ownership, dan EPF pegang sebanyak 7.9 peritus.

Selepas deal ini selesai, Khazanah akan pegang 40%, EPF pegang 30%, dan GIP + ADIA akan pegang 30% (spesifik berapa antara GIP vs ADIA tidak dinyatakan).

Jadi, tiada isu kerajaan jual MAHB kepada orang luar, sebab pegangan KWSP dan EPF selepas takeover ni akan meningkat pun.

2) Kenapa dengan Blackrock? Blackrock tu apa?

Blackrock ini investment management firm terbesar di dunia. Berapa besar? Total duit (Asset Under Management, AUM) yang mereka kawal adalah sebanyak USD10.5 trillion.

Sebagai perbandingan, keseluruhan ekonomi Malaysia bernilai USD1.152 trilion. Maksudnya mereka ini saiz 9 hingga 10 kali ganda saiz ekonomi Malaysia.

Dan Blackrock ni memang kawan Israel. Hampir semua major investment firm di dunia ini kawan Israel. Dan bukan kawan biasalah. Mereka ini memang sampai kena warning dengan UN berkaitan sokongan kepada Israel.

As a side note, syarikat pelaburan yang kena amaran ini adalah Bank of America, BlackRock, Capital Group, Causeway Capital Management, Citigroup, Fidelity Management & Research, JP Morgan Chase, Harris Associates, Morgan Stanley and The Vanguard Group.

Dan… Mereka semua ni jugak memang banyak je melabur dalam Malaysia, sebab mereka ni memang duit terlebih-lebih dan invest di satu dunia di seluruh cabang.

3) Okay tu Blackrock, jadi apa kaitan Blackrock dengan MAHB? Bukan mereka dalam konsortium tu pun.

Ya, tiada. Mereka tiada dalam konsortium tu secara terus.

Tapi mereka sedang nak 100% takeover GIP tu.

Jadi, mereka akan indirectly own MAHB melalui GIP.

4) Kenapa mereka takeover GIP?

GIP ni pun investment firm juga, tapi specialise dekat infrastructure investment.

Mereka ada dalam USD100 bilion AUM.

Blackrock dalam proses nak takeover GIP 100% sejak awal tahun ni, dengan harga USD12.5 billion

Mereka buat ni sebab nak jadi major player lebih besar dalam infrastructure market.

Yang mana dengan takeover ni, mereka kata akan ada AUM sebanyak USD150 bilion dalam infra market.

5) Ke Blackrock beli GIP sebab nak kawal MAHB?

Tidak. Valuation MAHB untuk privatisation tu USD3.9 bilion je. Katakanlah GIP tu pegang 20% (siapa tau exact figure beritahu, yang 30% tu campur ADIA).

Jadi, nilai pelaburan mereka USD0.78 bilion je. Iaitu 0.5% je daripada total AUM mereka.

Dan dengan pegangan 20-30% tu….. Tak ke mana la haha. Mereka takde final say pun.

6) Jadi, kenapa Khazanah dgn EPF ajak GIP dalam konsortium tu?

Itu memang standard strategi mereka. Mereka biasanya akan tarik pelabur yang merupakan specialist dalam bidang tu.

Market investment infra seluruh dunia estimated dalam USD1 trilion. Kalau GIP ni sendiri pun AUM dalam USD100 bilion, maksudnya 10% daripada keseluruhan market satu dunia mereka pegang.

Mereka dah la baru mula 2006. Bayangkan dalam berapa tahun saja mereka pegang 10% market dunia. Maksudnya expertise mereka dalam bidang ini sangat luas.

Dan itulah tujuan Khazanah dgn EPF tarik mereka sekali, sebab nak expertise tersebut.

Daripada mereka tiada kepakaran, dan lepas tu rugi lepas privatise. Dividen KWSP kita juga yang kurang nanti.

7) Tak boleh ke ambil partner lain? Takkan mereka je yang power

Possible, kalau deal masih belum mula. Masalahnya konsortium ni dah dimulakan sejak tahun lepas sedangkan Blackrock baru mula proses nak takeover GIP awal tahun ni.

Malahan, dah tak boleh nak tarik balik dah sebab official offer dah dibuat kepada MAHB. Dan kalau shareholders MAHB bersetuju, maka deal tu memang kena jadi.

Jadi, ya. Blackrock tiada dalam equation pun masa discussion asal dibuat. Mereka datang kemudian. Kalau mereka datang lepas daripada deal dah jadi pun, sama je, takleh buat apa gak..

8) Tak boleh ke kita halau Blackrock daripada Malaysia?

Setakat saya tau la, Blackrock punya pegangan dekat syarikat di Malaysia sahaja dah lebih RM24.7 bilion.

Dan mereka melabur dalam lebih kurang USD983 juta dalam bon kerajaan Malaysia (~RM4.6 bilion). Affin Hwang Asset Management pernah ada official collaboration dengan Blackrock. Dan banyaklah Khazanah etc pun ada.

Senang kata, ianya terlalu tidak munasabah untuk halau Blackrock daripada Malaysia

Lagipun kena ingat, nak halau tu maksudnya kita kena beli pegangan mereka di Malaysia. Maksudnya kita kena bagi duit kepada meeka

Sekali kita bagi duit kepada mereka, mereka pergi melabur di Israel. Kan lagi tak kena tu 😅.

Jadi, mereka nak bagi duit kat kita, kita ambik jela bangunkan.

BACA JUGA MAHB tidak pernah dijual kepada pihak asing – PM

Â