Pembangkang tak guna, Hamzah dan Hadi tiada semasa PM perjelas isu jualan saham MAHB

Tiada kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pagi tadi semasa Perdana Menteri menjelaskan isu jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock.

Selain itu, tempat duduk Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) juga kosong.

Malah, hampir sebahagian besar pembangkang tiada dalam Dewan Rakyat ketika pembangkang lantang mendakwa kononnya MAHB dijual.

Rata-rata menyelar sikap wakil rakyat pembangkang yang tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai medan untuk bersuara.

“Belakang sembang deras. Bila diberi peluang berhadapan dengan PMX, semua hilang terus! Pembangkang yang tidak bermanfaat untuk negara,” kecam pengguna X, Amer Hamzah.

“Sembang terpaling nak lawan. Depan PMX pun tak berani nak tanya soalan. Semua krik krik… mana terpaling teknokrat Kemaman? Sama ja Pasu Bunga,” kata @SueIbrahim12.

“Riuh rendah pasal Blackrock di luar dewan. Masuk dewan, depa ponteng. Haprak punya 3 badut,” tempelak @rahim8k pula.

BACA JUGA MAHB tidak pernah dijual kepada pihak asing – PM