Buat penjawat awam tersenyum, kerajaan akan umum kenaikan gaji sebelum bentang Belanjawan 2025
Buat penjawat awam pastinya tersenyum selepas tiada semakan kenaikan gaji sejak 13 tahun apabila kerajaan akan mengumumkan kadar baharu kenaikan gaji sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu itu dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Menurutnya yang juga Menteri Kewangan, sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.
“…kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.
“Sebab itu saya semalam di Parlimen apabila ditegur, saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” kata Perdana Menteri.
Pada 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember nanti, sekali gus muncul antara kenaikan tertinggi diumumkan.
BACA JUGA Dulu Tabung Haji, sekarang MAHB