Dulu Tabung Haji, sekarang MAHB

Oleh JAMZURI ARDANI

Dulu apabila kerajaan nak menstrukturkan Tabung Haji (TH), pembangkang fitnah kata kerajaan nak jual aset TH kepada non-Muslim.

Ramai yang percaya fitnah tersebut. Sebab yang sebarkan fitnah adalah golongan agamawan.

Pakai jubah dan serban kemudian bawa cerita ‘Islam terancam’ memang laku keras. Salah atau betul belakang cerita. Dosa fitnah sudah jadi perkara biasa.

Akhirnya, terbukti semua itu fitnah. Semua itu pembohongan. Sudah kalah saman fitnah di mahkamah masih keras kepala tidak mahu berubah.

Hakikatnya, telah terbukti juga bahawa penstrukturan TH itu bukan sahaja berjaya, malah telah menyelamatkan institusi penting umat Islam tersebut.

Baru-baru ini kecoh cerita MAHB pula. Modus operandi fitnah yang sama. Negara tergadai. Kedaulatan negara terancam. Orang luar kawal pintu negara.

Semuanya mainan emosi politik identiti. Semuanya mainan politik persepsi. Mereka tahu politik cara begini memang laku keras.

Padahal, semuanya bohong dan fitnah. Tiada beza dengan fitnah isu Tabung Haji sebelum ini.

Semoga rakyat tidak tertipu lagi dengan fitnah sebegini.

BACA JUGA Selepas Sultan murka, MFL jawab ada alasan kukuh hukum Selangor FC