Pengundi selalu sebut ‘Cikgu Joohari nombor satu’, itulah bakar semangat saya

Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin mengakui bersemangat untuk terus menemui lebih ramai pengundi di Sungai Bakap.

Beliau bersyukur sepanjang tempoh berkempen tiada yang menolak kehadirannya.

Lebih mengujakan dan membakar semangat katanya, pengundi yang ditemui mengenali beliau dan sering melaungkan ‘Cikgu Joohari nombor satu’.

“Saya bersyukur sepanjang (tujuh hari kempen) tiada (pengundi) yang menolak (kehadiran saya) tetapi semua mengatakan sokongan.

“Mereka selalu sebut ‘Cikgu Joohari nombor satu’…Itulah yang menarik semangat saya,” katanya kepada media.

Pada masa sama kata Joohari, beliau akan sedaya upaya bertemu dengan lebih ramai pengundi sebelum kempen berakhir.

Setakat ini, jadualnya padat dengan perlu menghadiri kira-kira 12 program sehari

Joohari dicabar Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili PN dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai ini.

PRM diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

BACA JUGA Keyakinan rakyat kepada Malaysia meningkat mendadak, faktor utama Anwar Ibrahim

Â