MP Tumpat disekolah Timbalan Speaker gara-gara petik maklumat palsu dari Facebook

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi disekolahkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas didapati memetik maklumat tidak sahih daripada Facebook.

Menerusi video yang beredar di X, wakil rakyat Pas itu pada mulanya membangkitkan soal kos sara hidup yang didakwanya menyebabkan ramai “tidak makan”.

Beliau kemudian mendakwa harga besi naik sehingga RM4,000, yang menjadi punca harga rumah sewa bertambah mahal.

Dakwaan itu dibidas Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar kerana khabar angin kerajaan menaikkan harga besi adalah tidak benar.

Kenaikan bahan binaan yang tersebar di media sosial sebenarnya berlaku pada tahun 2021 di mana ketika itu negara ditadbir Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Pas itu cuba menegakkan benang yang basah dengan berdalih bahawa “kalau kenaikan itu ada, kerajaan perlu kawal”. 

Bila ditanya dari mana sumber rujukannya, Mumtaz menyebut ianya dari Facebook.

Beliau menarik balik dakwaan itu selepas diminta berbuat demikian oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Md Nor.

Ramli sempat membuat teguran agar tidak membawa maklumat palsu ke dalam Dewan Rakyat lebih-lebih lagi maklumat dari media sosial.

BACA JUGA Pembangunan bukan tanggungjawab wakil rakyat, tapi Kerajaan Pusat – Pas

Â