‘Projek Transformasi AMANAH’ bakal dilancarkan petang ini
Buat julung kalinya, AMANAH yang bakal berusia 9 tahun pada September nanti akan melancarkan Projek Transformasi AMANAH (ProAMANAH) petang ini.
Projek dengan tujuan menejenamakan semula parti bakal membentangkan perancangan tiga tahun ke hadapan bagi memastikan parti diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu terus kekal dalam landskap politik negara.
Menerusi cataran pendek di Facebook, Mohamad selaku Presiden berkata, AMANAH bersedia melakukan transformasi bagi menghadapi fasa seterusnya dalam perjalanan politik, menjadi sebuah parti yang lebih kukuh, mampan dan diterima oleh semua
Pelancaran akan diadakan pada jam 2 petang di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor
AMANAH menjadi sebahagian daripada parti utama yang membentuk Kerajaan Perpaduan hari ini.
Kejayaan terbesar parti itu adalah penggunaan idea Rahmah yang diambil dari konsep Rahmatan Lil Alamin.
Konsep Rahmatan Lil Alamin giat diperkenalkan sewaktu Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menjadi Menteri Agama pada tahun 2018.
BACA JUGA Pembangunan bukan tanggungjawab wakil rakyat, tapi Kerajaan Pusat – Pas
Â