Patutlah tak puas hati prestasi kerajaan Madani, ‘orang kuat’ pun Muhyiddin dan Mahathir
Terbongkar sudah siapa ‘orang kuat’ Institut Masa Depan Malaysia (Masa) yang mengeluarkan kajian kononnya 58 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Madani.
Semakan di laman web rasmi institut itu mendapati Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Pengerusi dan Pengasas Masa.
Sementara itu, seorang lagi pengasas ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemegang amanah antaranya ialah Datuk Dr Radzi Jidin yang juga Naib Presiden Bersatu.
Mengulas status Masa, pemerhati politik, Najib Bakar mempersoal hasil kajian yang turut merumuskan bahawa ekonomi negara menjadi semakin meruncing itu.
“Institut Masa Depan Malaysia = Perikatan Nasional.
“Mudah.
“Jawab survey sendiri guna cytro seorang 10 akaun agaknya,” sindirnya.
Najib turut berkongsikan gambar pejabat Masa yang beralamat di Jalan Ara dekat Bangsar di ibu negara.
Masa mendakwa kajian yang dijalankan melibatkan 1,920 responden berumur 18 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia.
Mereka kononnya ditemu bual mengenai isu-isu semasa ekonomi, sosial dan politik menerusi telefon dari 30 April hingga 26 Mei lalu.
Institut itu turut memaklumkan hanya 39 peratus responden Melayu menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi Anwar sebagai Perdana Menteri manakala responden Cina dan India masing-masing 74 dan 60 peratus.

BACA JUGA Tak boleh ‘give up’, kita kena ‘champion’ – Mat Sabu
Â