‘Tak perlu tunggu PRK bro, beras tetap sampai!’
Seorang TikTokers menggunakan nama JustAttack tampil menepis dakwaan kononnya bila ada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru ada beras.
”Aku tertanya-tanya betul ke masa PRK, PRU saja baru ada bantuan-bantuan beras ini?
”Rupanya tidak, Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu) telah membuktikan sebaliknya.
”Tanpa ada PRK di Gerik, Perak beliau telah turun untuk memberikan kit bantuan makanan kepada orang asli di sana.. beras pun ada ketika itu.
”Jadi ini membuktikan bahawa bab keterjaminan makanan ini tak perlu tunggu PRK bro, tak perlu tunggu PRK!,” ulang lelaki tersebut dalam video laman sosialnya itu.
Susulan apa yang dilakukan Mat Sabu itu, pemuda berkenaan mengingatkan tak perlu buat fitnah yang ada kaitan dengan beras.
”Takyah buat fitnah karut ada PRK baru ada beras.
”Tak ada PRK, di kampung orang asli pun beras sampai. Itulah gunanya keterjaminan makanan!,” katanya lagi.
BACA JUGA Muhyiddin kaitkan subsidi diesel bersasar dengan pinjaman IMF, ini jawab Rafizi
Â