Tanpa maki hamun, ceramah pemimpin Kerajaan Perpaduan bawa slaid PowerPoint dipuji
Tanpa maki hamun, ceramah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meraih pujian orang ramai.
Semalam, beliau yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berucap berserta dengan slaid PowerPoint.
Dalam Ceramah Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di Padang Lalang, beliau mengetengahkan isu air yang membelenggu sejak beberapa tahun lalu.
Akmal menjelaskan bahawa sumber air sedia ada dari utara iaitu Seberang Perai Utara terlalu jauh.
Sehubungan itu, beliau mengemukakan cadangan penyelesaian dengan menyambung paip dari selatan iaitu Perak sebagai sumber air baharu serta pembinaan loji air baharu.
Rata-rata tertarik dengan pendekatan dan pengisian ceramah yang dibawa oleh Akmal itu.
“Tahniah Akmal Nasir, bawa politik matang dan berinformasi ke Malaysia.
“Beginilah sepatutnya ceramah dibuat… very informative, jelas dan mudah difahami.
Syabas YB Akmal.
“Buat slaid terus. Puas. Mantap Menteri,” demikian antara komentar pengguna media sosial.
BACA JUGA Patutlah tak puas hati prestasi kerajaan Madani, ‘orang kuat’ pun Muhyiddin dan Mahathir