Pakai tali leher tapi tetap lembu, MP Pasir Mas dianggap hanya buat ‘PAS’
Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari dianggap hanya buat ‘PAS’ iaitu ‘posting aib sendiri’ susulan kenyataannya mengaitkan sut lengkap tali leher dengan lembu.
“Walaupun pakai hensem, tapi tetap seekor lembu,” tulisnya ringkas berserta imej janaan kecerdasan buatan (AI).
Akibat mesej yang tidak ‘terang’ itu, Ketua Penerangan Pas berkenaan akhirnya dihujani kecaman dan sindiran pengguna media sosial.

Pengguna X, @SyedAkramin mengingatkan bahawa tali leher sudah tidak diwajibkan lagi di dalam Dewan Rakyat memandangkan secara logik negara ini panas.
“Cuba teka siapa yang masih pakai tali leher di Dewan Rakyat? Sama tak macam lembu dalam gambar?” perlinya.
Sementara itu, pemilik akaun X, @ABarkoba pula menulis, “PAS – posting aib sendiri”.
Tidak kurang juga yang mempersoal kewajaran pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu menjadikan lembu sebagai bahan sindiran.
“Persoalannya, kenapa sindir lembu, bukan lembu korban gunanya masa Raya Haji?
“Masyarakat Hindu juga menghormati haiwan seperti lembu ini. Nama ahli Parlimen, biadab macam tak pernah dapat ajaran ibu bapa,” kecam @SimpletonED.
BACA JUGA Isu loji sisa pepejal kepada tenaga di 18 lokasi bakal dibangkit di Dewan Rakyat hari ini