Semak dulu fakta, masjid baharu bukan gula-gula PRK Sungai Bakap
Seorang TikTokers menggunakan nama profil Kelantan Today awal-awal lagi sudah bersedia untuk menepis dakwaan sekiranya beberapa inisiatif Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diibaratkan sebagai ‘gula-gula PRK’ oleh pembangkang.
‘Persediaan’ itu dibuat menerusi satu video di TikTok dengan menjelaskan bahawa selepas ini rakyat Sungai Bakap sudah tidak perlu bersesak-sesak untuk menunaikan solat terutamanya solat Jumaat.
Ini kerana katanya, Kerajaan Madani Pulau Pinang sudah meluluskan pembinaan masjid dan sekolah agama rakyat di sana.
”Mesti pembangkang kata ini gula-gula PRK. Kita ada otak, kita semak dulu fakta sebelum menuduh tak tentu hala.
”Pada 2023, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang setuju bina tujuh masjid baharu di Pulau Pinang termasuk bina dua kemudahan ini untuk penduduk Sungai Bakap.
”Yang pertama masjid baharu, yang kedua sekolah agama rakyat. Kalau betul kerajaan Pulau Pinang anti Islam seperti yang digembar-gemburkan selama ini, maka semua ini takkan terjadi,” tegas lelaki itu.
Pemuda berkenaan turut mengakui tentang kebarangkalian dalam berbeza fahaman politik , tetapi jangan sampai membuat cerita tidak benar.
”Ya, mungkin kita ini berbeza ideologi politik, tapi jangan sampai memfitnah kerana orang yang fitnah, orang yang mengadu domba ini tak akan masuk syurga,” ujarnya.
Lelaki itu menambah sekiranya dibandingkan antara calon Perpaduan iaitu Cikgu Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, ianya tidak terbanding.
”Cikgu Joo serba-serbi lebih. Lagi pula beliau berada di blok kerajaan, lagi senang nak bantu rakyat Sungai Bakap.
”Ingat wahai rakyat Sungai Bakap, undilah calon Perpaduan nombor satu, hanya Cikgu Joo mengenal Sungai Bakap,” serunya.
PRK pada 6 Julai ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu antara calon PH-BN dan PN.
Joohari akan menentang bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, atau Abang Bidin yang mewakili PN.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.
BACA JUGA Pas mahu bertanding PRK DUN Nenggiri, Bersatu bakal serah tiga nama calon
Â