Terkejut dengar ceramah kempen Wan Fayhsal

Oleh LIYANA MARZUKI

Kelmarin, saya dan team Jangan Pajak Otak (JPO) turun mendengar ceramah Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap. Saya ke ceramah kelompok dan ceramah mega. Untuk kedua-dua belah.

Di pasar malam ada, depan rumah ada dan bawah khemah. Sebab malam minggu, dua-dua pihak menurunkan heavyweights mereka.

Saya sempat dengar ceramah pemimpin muda. Akmal Nasir dari Kerajaan Perpaduan dan Wan Ahmad Fayhsal (WAF) dari PN. Macam langit dan bumi.

Akmal Nasir (gambar atas) ceramahnya siap dengan power point. Terangkan usaha-usaha Kerajaan menyelesaikan masalah air tekanan rendah di sini. Dia tunjukkan punca dan usaha yang berjalan.

Penuh fakta dan data. Tiada pongpang pongpang memaki dan mencaci. Mungkin pada pengundi yang mendengar sedikit bosan.

WAF pula saya ikuti ceramahnya dari mula. Dimulakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi diakhiri dengan caci maki kerajaan. Dia kata, Kerajaan Lembu dan pro-Zionis.

Itu perkara biasa. Antik politikus di pilihan raya. Kalau jadi kerajaan perlu jaga kelakuan. Ada decorum yang perlu dijaga. Tak boleh seperti kera (sepera).

Kalau jadi pembangkang pula kena cucuk-cucuk kita, buat kita marah. Itu standard lah.

Cuma yang saya rasa tak boleh blah, fakta yang disampaikan, janganlah membodohkan umat.

Dalam keghairahan WAF berhujah, dia kata:

“Blackrock inilah yang buat dan hantar senjata ke Israel, pembunuh rakyat Palestin”.

“Blackrock ini juga Laknatullah hil aik. Kerajaan Madani pro Zionis!” dengan suara mengaum tahap gaban.

Ya Rabbi. Kalaulah pengundi di sini tahu, tahun 2021, Kerajaan PN bagi Blackrock sendiri urus dana syariah KWSP.

Ketika itu sudah berlaku genosid di Palestin. Boleh pula PN dan Blackrock buddy buddy?

Pada saya, cari pemimpin bijak, yang nak memperkasakan pengundi dengan intelek lebih baik.

Sudah-sudah bagi muka pada pemimpin yang membodohkan rakyat dan umat hanya sebab kuasa dan dendam kesumat.

WAF ni sayang. Semakin ke laut dalam, sudah mula nak tenggelam.

BACA JUGA Rupanya ada lima permohonan konsert artis luar negara pada 20 Julai, ini sebabnya tarikh dipinda