Kedah, Kelantan antara negeri catat kemiskinan melebihi paras nasional
Empat negeri iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah merekodkan peratusan kemiskinan melebihi paras nasional.
Susulan itu kerajaan memaklumkan akan menggerakkan usaha menokhtahkan kemiskinan tegar di empat negeri tersebut.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, data semasa menunjukkan Sabah mencatatkan peratusan kemiskinan tegar tertinggi iaitu 1.2 peratus.
Menurutnya, ia diikuti Kelantan dengan 0.8 peratus, Sarawak (0.4 peratus) dan Kedah (0.3 peratus).
“Dalam usaha menoktahkan kemiskinan di seluruh negara, tumpuan diberikan kepada negeri dan wilayah yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi melebihi paras nasional,” katanya ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan negeri yang menjadi sasaran kerajaan dalam usaha mencapai sifar miskin tegar dan pelan tindakannya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Mukah itu berkata, kerajaan menerusi kerjasama rentas kementerian dan agensi melaksanakan program pembasmian kemiskinan tegar bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk miskin, seterusnya memperbaiki taraf hidup golongan tersebut.
BACA JUGA Selepas Ustaz Don tiada, ini terjadi dengan rating Salam Baitullah
Â