MP Machang didesak dedah identiti dalang jual saham MAHB kepada BlackRock

Orang ramai mendesak Ahli Parlimen Machang supaya mendedahkan identiti individu berpangkat tinggi dalam sebuah syarikat milik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dikatakan menjadi dalang penjualan saham kepada syarikat BlackRock Inc.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga dianggap seperti baling batu sembunyi tangan malah kredibiliti Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dipersoal kerana hanya bersandarkan surat layang.

Susulan itu beberapa warga maya di platform X meninggalkan komen kecaman terhadap apa yang telah diperkatakan Ahmad Fahysal.

“Kena ada kelas accountability utk budak-budak ini… sengaja lempar tuduhan tanpa bukti ” tulis warga maya yang menggunakan nama SLWR.

“Kalau betul nak dedahkan skandal, kena buat homework.
Kalau setakat dedah surat layang semata-mata, memang tiada kredibiliti langsung la. Siapa-siapa pun boleh buat surat layang tersebut.

“WAF (Wan Ahmad Fahysal) nak tunjuk bijak… tapi surat layang? Hmmm,” kata Aty Nasir.

Semalam, ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, Ahmad Fahysal dilapor mendedahkan bahawa beliau menerima surat layang daripada orang dalam di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung isu berkenaan.

“Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia siapa dalang sebenarnya, selain Khazanah (Khazanah Nasional Bhd) dan KWSP yang benar-benar ‘push the deal’ berkenaan MAHB ini.

“Difahamkan individu ini ada karakter pembuli dan ramai kakitangan KWSP tidak berani bersuara.

“Jadi mereka minta kami, pihak pembangkang suarakan kebimbangan mereka. Mereka tidak mahu bersubahat dengan keputusan Kerajaan Madani menjual saham dan dana KWSP,” katanya.

BACA JUGA Macam ni baru gempak! Corak baju kontinjen negara dah tukar lebih garang