Ribut petir, angin kencang, hujan lebat di empat negeri petang ini
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, cuaca itu dijangka berlaku di Terengganu membabitkan Dungun dan Kemaman serta Negeri Sembilan iaitu sekitar Seremban, Port Dickson dan Rembau.
Menurutnya, di Johor cuaca sama membabitkan kawasan di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Selain itu, amaran ribut petir di Sabah meliputi kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Ranau, Tawau dan Sandakan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut METMalaysia.
BACA JUGA MP Machang didesak dedah identiti dalang jual saham MAHB kepada BlackRock