‘Suka tengok cara TokMin, mana pi pun mudah mesra’

Meskipun berbeza ideologi dan falsafah, tapi perkara itu tidak menghalang untuk dua ‘seteru’ politik ini saling membantu antara satu sama lain.

Tular di platform TikTok baru-baru ini memaparkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberikan air kepada Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam video itu, Aminuddin yang menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir dan pasukan pilihan Sanusi, dilihat menghulurkan air mineral yang dibuka sendiri olehnya.

Tindakan Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan nampaknya mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ada antara mereka yang memuji-muji gelagat kedua-dua ahli politik itu.

“Terbaik MB dan pemimpin-pemimpin PH-UMNO!

“Kan elok eratkan perpaduan macam ni..

“Suka tengok cara TokMin.. Mana pi pun mudah mesra… Terbaik TokMin!, demikian pujian diberikan warga maya.

Menurut Azwan pula, beliau menzahirkan rasa terkesima dengan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena PRK Sungai Bakap itu.

“Tak pernah ada match macam ni sebelum ni… terbaik parti-parti politik Malaysia,” katanya.

Perlawanan yang diadakan kelmarin itu menyaksikan pasukan PH diketuai Akmal Nasir, berjaya menang dengan keputusan 3-2 mengatasi pasukan PN yang diketuai sendiri oleh Muhammad Sanusi.

BACA JUGA PM bidas politik kebencian dimainkan pembangkang

Â