Pas kaburkan kain rentang PN petunjuk hubungan kian renggang, kata penganalisis
Khabar mendakwa Pas dan Bersatu kini renggang semakin menunjukkan kebenarannya apabila Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam satu ceramah di Facebook baru-baru ini mengaburkan imej kain rentang Perikatan Nasional (PN).
Ia didakwa kerana jentera Bersatu tidak sepenuhnya turun berkempen untuk calon Pas di Sungai Bakap.
Ia mungkin sebagai tindak balas kerana Pas tidak ‘tunjuk muka’ ketika tempoh kempen calon Bersatu di Kuala Kubu Baharu dua bulan lalu.
Memasuki waktu-waktu kritikal ini, tindakan Pas itu seolah cuba menunjukkan ia boleh bergerak sendiri tanpa PN dan Bersatu, kata Felo Majlis Profesor Negara Dr Azmi Hassan.
“Apa yang Pas sebenarnya cuba tunjukkan adalah mereka boleh bergerak sendiri, tidak perlukan Bersatu, di Sungai Bakap mahupun kawasan lain di mana pengundinya 60% hingga 70% Melayu,” katanya memetik FMT.
Sebelum ini di KKB, Ilham Center mendapati kempen Pas untuk calon Bersatu, Khairul Azhari Saut, jelas semakin perlahan.
Badan pemikir itu berkata, Pas yang menjadi tonggak jentera pilihan raya pakatan pembangkang, tidak sepenuhnya mengerah ahlinya berkempen.
Terdahulu pada 24 Jun lalu, Amar yang juga speaker DUN Kelantan memuat naik beberapa gambarnya berceramah ketika kempen PRK Sungai Bakap.
Enam daripada gambar yang dimuat naik itu menunjukkan kain rentang PN dikaburkan.
BACA JUGA Catat kejayaan demi kejayaan, MB kata kerajaan Selangor di landasan tepat